Apakah DAO?
DAO ialah sebuah organisasi yang ditadbir oleh blok rantai milik kolektif yang berusaha ke arah misi bersama.
DAO membolehkan kami bekerja dengan individu yang sehaluan di seluruh dunia tanpa mempercayai pemimpin yang baik hati untuk menguruskan dana atau operasi. Tiada CEO yang boleh membelanjakan dana sesuka hati atau CFO yang boleh memanipulasi buku. Sebaliknya, peraturan berasaskan blok rantai yang tertulis dalam kod menentukan cara organisasi berfungsi dan cara dana dibelanjakan.
Mereka mempunyai tabung terbina dalam yang tiada sesiapa yang mempunyai kuasa untuk mengakses tanpa kelulusan kumpulan. Keputusan ditadbir oleh cadangan dan pengundian untuk memastikan semua orang dalam organisasi mempunyai suara, dan segala-galanya berlaku secara telus dalam rantaian.
Mengapa kita memerlukan DAO?
Memulakan organisasi dengan seseorang yang melibatkan pembiayaan dan wang memerlukan banyak kepercayaan terhadap orang yang bekerjasama dengan anda. Tetapi sukar untuk mempercayai seseorang yang anda hanya pernah berinteraksi di internet. Dengan DAO anda tidak perlu mempercayai orang lain dalam kumpulan, hanya kod DAO, yang 100% telus dan boleh disahkan oleh sesiapa sahaja.
Ini membuka begitu banyak peluang baharu untuk kerjasama dan penyelarasan global.
Satu perbandingan
DAO | Sebuah organisasi tradisional |
---|---|
Biasanya rata, dan demokratik sepenuhnya. | Biasanya berhierarki. |
Undian diperlukan oleh ahli untuk sebarang perubahan dilaksanakan. | Bergantung kepada struktur, perubahan boleh dituntut daripada parti tunggal, atau undian boleh ditawarkan. |
Undi dikira, dan hasil dilaksanakan secara automatik tanpa perantara yang dipercayai. | Jika undi dibenarkan, undian akan dikira secara dalaman, dan hasil undian mesti dikendalikan secara manual. |
Perkhidmatan yang ditawarkan dikendalikan secara automatik dengan cara terdesentralisasi (contohnya pengedaran dana dermawan). | Memerlukan pengendalian manusia, atau automasi terkawal secara pusat, terdedah pada manipulasi. |
Semua aktiviti iadalah telus dan umum sepenuhnya. | Aktiviti biasanya peribadi, dan terhad kepada orang ramai. |
Contoh DAO
Untuk membantu menjelaskan perkara ini, berikut adalah beberapa contoh cara anda boleh menggunakan DAO:
- Kebajikan – anda boleh menerima sumbangan daripada sesiapa sahaja di dunia dan mengundi badan kebajikan yang ingin dibiayai.
- Pemilikan kolektif – anda boleh membeli aset fizikal atau digital dan ahli boleh mengundi untuk cara menggunakannya.
- Usaha niaga dan sumbangan – anda boleh membuat dana usaha niaga yang mengumpul modal pelaburan dan mengundi usaha niaga yang ingin dibiayai. Wang yang dibayar kemudian boleh diedarkan semula di kalangan ahli DAO.
Bagaimana DAO berfungsi?
Tulang belakang DAO ialah kontrak pintarnya, yang menentukan peraturan organisasi dan memegang perbendaharaan kumpulan. Sebaik sahaja kontrak bermula di Ethereum, tiada sesiapa yang boleh mengubah peraturan kecuali dengan undian. Jika sesiapa cuba melakukan sesuatu yang tidak dilindungi oleh peraturan dan logik dalam kod, tindakan ini akan gagal. Dan oleh kerana perbendaharaan juga ditakrifkan oleh kontrak pintar ini bermakna tiada sesiapa yang boleh membelanjakan wang tanpa kelulusan kumpulan. Ini bermakna bahawa DAO tidak memerlukan pihak berkuasa pusat. Sebaliknya, kumpulan membuat keputusan secara kolektif, dan pembayaran diluluskan secara automatik apabila undian lulus.
Ini boleh dilakukan kerana kontrak pintar tidak boleh diubah sebaik sahaja kontrak dimulakan di Ethereum. Anda tidak boleh mengedit kod (peraturan DAO) tanpa diketahui oleh orang lain kerana semua tindakan adalah umum.
Ethereum dan DAO
Ethereum merupakan asas yang sempurna untuk DAO atas beberapa sebab:
- Konsensus Ethereum sendiri diedarkan dan ditubuhkan cukup untuk organisasi mempercayai rangkaian.
- Kod kontrak pintar tidak boleh diubah sebaik sahaja kontrak dimulakan, walaupun oleh pemiliknya. Ini membolehkan DAO dijalankan mengikut peraturan yang telah diprogramkan.
- Kontrak pintar boleh menghantar/menerima dana. Tanpa ini, anda memerlukan perantara yang dipercayai untuk menguruskan dana kumpulan.
- Komuniti Ethereum terbukti lebih bekerjasama dan tidak kompetitif, membolehkan amalan terbaik dan sistem sokongan dicapai dengan cepat.
Tadbir urus DAO
Terdapat banyak pertimbangan apabila mentadbir urus DAO, contohnya cara mengundi dan cadangan berfungsi.
Delegasi
Delegasi adalah seperti demokrasi perwakilan versi DAO. Pemegang token mewakilkan undi kepada pengguna yang mencalonkan diri mereka dan komited untuk menguruskan protokol dan sedia termaklum.
Contoh yang terkenal
ENS(opens in a new tab) – Pemegang ENS boleh mewakilkan undi mereka kepada ahli komuniti yang terlibat untuk mewakili mereka.
Tadbir urus transaksi automatik
Dalam banyak DAO, transaksi akan dilaksanakan secara automatik jika satu korum ahli mengundi bersetuju.
Contoh yang terkenal
Nouns(opens in a new tab) – Dalam DAO Nouns, transaksi dilaksanakan secara automatik jika satu korum undian dipenuhi dan majoriti mengundi untuk bersetuju, selagi ini tidak diveto oleh pengasas.
Tadbir urus multisig
Walaupun DAO mungkin mempunyai beribu-ribu ahli mengundi, dana boleh hidup dalam dompet yang dikongsi oleh 5-20 ahli komuniti aktif yang dipercayai dan biasanya identiti peribadi mereka dibuat umum. Selepas undian, penandatangan multisig melaksanakan kehendak masyarakat.
Undang-undang DAO
Pada tahun 1977, Wyoming mencipta LLC, yang melindungi usahawan dan mengehadkan liabiliti mereka. Baru-baru ini, mereka merintis undang-undang DAO yang menubuhkan status undang-undang untuk DAO. Pada masa ini Wyoming, Vermont, dan Kepulauan Virgin mempunyai undang-undang DAO dalam beberapa bentuk.
Contoh yang terkenal
CityDAO(opens in a new tab) – CityDAO menggunakan undang-undang DAO Wyoming untuk membeli 40 ekar tanah berhampiran Taman Negara Yellowstone.
Keahlian DAO
Terdapat model yang berbeza untuk keahlian DAO. Keahlian boleh menentukan cara mengundi berfungsi dan bahagian utama DAO yang lain.
Keahlian berasaskan token
Biasanya tanpa izin sepenuhnya, bergantung kepada token yang digunakan. Kebanyakannya token tadbir urus ini boleh didagangkan tanpa izin pada pertukaran terdesentralisasi. Lain-lain mesti diperolehi dengan menyediakan mudah tunai atau 'bukti kerja'. Walau bagaimanapun, dengan hanya mempunyai token akan memberikan akses kepada pengundian.
Biasanya digunakan untuk mentadbir urus protokol dan/atau token yang terdesentralisasi secara luas.
Contoh yang terkenal
MakerDAO(opens in a new tab) – MKR token MakerDAO boleh didapati secara meluas di bursa tukaran berpusat dan sesiapa sahaja boleh membeli untuk mempunyai kuasa mengundi pada masa depan protokol Maker.
Keahlian berasaskan saham
DAO berasaskan saham lebih dibenarkan, tetapi masih agak terbuka. Mana-mana bakal ahli boleh mengemukakan cadangan untuk menyertai DAO, biasanya dengan menawarkan penghargaan yang bernilai dalam bentuk token atau kerja. Saham mewakili kuasa mengundi langsung dan pemilikan. Ahli boleh keluar pada bila-bila masa dengan bahagian saham perbendaharaan mereka.
Biasanya digunakan untuk organisasi yang ahlinya akrab dan berpusatkan manusia seperti badan amal, kolektif pekerja, dan kelab pelaburan. Juga boleh mentadbir protokol dan token.
Contoh yang terkenal
MolochDAO(opens in a new tab) – MolochDAO memberi tumpuan kepada pembiayaan protokol Ethereum. Mereka memerlukan cadangan untuk keahlian supaya kumpulan boleh menilai sama ada anda mempunyai kepakaran dan modal yang diperlukan untuk membuat penilaian termaklum mengenai pemberi berpotensi. Anda tidak boleh hanya membeli akses kepada DAO di pasaran terbuka.
Keahlian berasaskan reputasi
Reputasi mewakili bukti penyertaan dan memberikan kuasa mengundi dalam DAO. Tidak seperti token atau keahlian berasaskan saham, DAO berasaskan reputasi tidak memindahkan pemilikan kepada penyumbang. Reputasi tidak boleh dibeli, dipindahkan atau diwakilkan; ahli DAO mesti mendapat reputasi melalui penyertaan. Pengundian di rantaian tidak memerlukan keizinan dan bakal ahli bebas mengemukakan cadangan untuk menyertai DAO dan meminta untuk menerima reputasi dan token sebagai ganjaran atas sumbangan mereka.
Biasanya digunakan untuk pembangunan dan tadbir urus protokol dan dapp yang ternyahpusat, tetapi juga sesuai untuk pelbagai jenis organisasi seperti pertubuhan amal, kesatuan kolektif pekerja, kelab pelaburan, dan lain-lain.
Contoh yang terkenal
DXdao(opens in a new tab) – DXdao ialah sebuah kesatuan kolektif berdaulat global yang membina dan mentadbir urus protokol dan aplikasi ternyahpusat sejak 2019. Ia memanfaatkan tadbir urus berasaskan reputasi dan konsensus holografi untuk menyelaras dan menguruskan dana, bermakna tiada siapa yang boleh mempengaruhi masa depannya dengan menggunakan wang.
Sertai / mulakan DAO
Sertai DAO
- DAO komuniti Ethereum
- Senarai DAO oleh DAOHaus(opens in a new tab)
- Senarai DAO oleh Tally.xyz(opens in a new tab)
Mulakan DAO
- Jelmakan DAO dengan DAOHaus(opens in a new tab)
- Mulakan Governor DAO dengan Tally(opens in a new tab)
- Cipta DAO yang didayakan Aragon(opens in a new tab)
- Mulakan sebuah koloni(opens in a new tab)
- Cipta DAO dengan konsensus holografi DAOstack(opens in a new tab)
Bacaan lanjut
Artikel DAO
- Apakah itu DAO?(opens in a new tab) – Aragon(opens in a new tab)
- Buku Panduan DAO(opens in a new tab)
- Rumah DAO(opens in a new tab) – Metagame(opens in a new tab)
- Apakah itu DAO dan apakah tujuannya?(opens in a new tab) – DAOhaus(opens in a new tab)
- Cara Memulakan Komuniti Digital Didayakan DAO(opens in a new tab) – DAOhaus(opens in a new tab)
- Apakah itu DAO?(opens in a new tab) – Coinmarketcap(opens in a new tab)
- Apakah itu Konsensus Holografi?(opens in a new tab) - DAOstack(opens in a new tab)
- DAO bukan syarikat: penyahpusatan adalah penting dalam organisasi autonomi oleh Vitalik(opens in a new tab)
- DAO, DAC, DA dan Lebih Lagi: Panduan Terminologi Tidak Lengkap(opens in a new tab) - Blog Ethereum(opens in a new tab)
Videos
- Apakah itu DAO dalam kripto?(opens in a new tab)
- Bolehkah DAO Membina Bandar?(opens in a new tab) - TED(opens in a new tab)