Di mana untuk mendapatkan ETH
Anda boleh memperoleh ETH, menerimanya daripada rakan sebaya anda atau membelinya daripada bursa dan apl.
Harga ETH Terkini (USD)
Bursa tukaran berpusat
Bursa adalah perniagaan yang membolehkan anda membeli kripto menggunakan mata wang tradisional. Mereka adalah penjaga amanah jumlah ETH yang anda beli sehinggalah anda menghantarnya dalam dompet kawalan anda sendiri.
Peroleh ETH
Anda boleh memperoleh ETH dengan bekerja untuk DAO atau syarikat yang membayar dalam kripto, memenangi hadiah, mencari pepijat perisian dan banyak lagi.
Terima ETH daripada rakan sebaya anda
Setelah anda mempunyai akaun Ethereum, anda hanya perlu berkongsi alamat anda untuk mula menghantar dan menerima ETH (dan token lain) rakan setara.
Bursa tukaran desentralisasi (DEX)
Jika anda mahukan lebih kawalan, beli ETH menggunakan . Dengan DEX anda boleh berdagang aset digital tanpa memberikan kawalan ke atas dana anda kepada syarikat berpusat.
Dompet-dompet
Sesetengah dompet membolehkan anda membeli kripto melalui kad debit/kredit, pindahan bank atau Apple Pay. Sekatan geografi dikenakan.
Ganjaran pertaruhan
Jika anda sudah mempunyai beberapa ETH, anda boleh memperoleh lebih banyak dengan menjalankan nod pengesah. Anda dibayar untuk melakukan kerja pengesahan ini dalam ETH.
Semua produk yang disenaraikan di halaman ini adalah tiada endorsmen rasmi, dan disediakan untuk tujuan maklumat sahaja. Sekiranya anda ingin menambah sesuatu produk atau memberi maklum balas terhadap dasar sila sampaikan maklum balas di GitHub. Isukan maklumbalas
Negara manakah yang anda tinggal?
Pertukaran mempunyai sekatan di mana mereka boleh menjual kripto. Ini ialah senarai indikatif perkhidmatan yang difikirkan beroperasi di setiap negara. Penyertaan di sini bukan pengesahan - anda harus melakukan penyelidikan anda sendiri!
Masukkan negara tempat tinggal anda untuk melihat senarai pertukaran yang mungkin boleh anda gunakan
Bursa tukaran desentralisasi (DEX)
Apakah DEX?
Bursa tukaran desentralisasi adalah pasaran terbuka untuk ETH dan token lain. Ia menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung.
Daripada menggunakan pihak ketiga yang dipercayai untuk melindungi dana dalam sesuatu transaksi, ia menggunakan kod. ETH milik penjual hanya akan dipindahkan apabila bayaran dijamin. Jenis kod ini dikenali sebagai kontrak pintar. Lebih lanjut tentang kontrak pintar
Ini bermakna terdapat kurang sekatan geografi berbanding dengan alternatif terpusat. Jika seseorang menjual apa yang anda mahukan dan menerima kaedah pembayaran yang boleh anda berikan, anda boleh bertransaksi.
Anda memerlukan dompet untuk menggunakan DEX.
Dapatkan dompetBeli dengan kripto yang lain
Tukar token anda dengan ETH orang lain. Dan sebaliknya.
Menjaga keselamatan ETH anda
Siaran komuniti berkaitan sekuriti
Ethereum tidak dikawal oleh mana-mana organisasi tunggal - ia satu platform teragih.
Ini bermakna anda perlu mengambil serius keselamatan dana anda. Dengan ETH, anda tidak mempercayai bank atau syarikat untuk menjaga aset anda, anda bertanggungjawab ke atas diri anda sendiri.
Simpan ETH anda dalam dompet anda sendiri
Salah satu ciri utama Ethereum ialah anda mengawal aset anda sendiri dengan menguruskan akaun anda sendiri. Ini bermakna anda tidak perlu mempercayai mana-mana pihak ketiga dengan aset anda dan anda dilindungi daripada mana-mana penjaga yang bertindak secara tidak jujur, muflis atau digodam. Walau bagaimanapun, ini juga bermakna anda bertanggungjawab ke atas keselamatan anda sendiri.
Lihat dompetAlamat ETH anda
Apabila anda memuat turun dompet, ia akan mencipta alamat ETH awam untuk anda. Ia akan kelihatan seperti ini:
0x0125e2478d69eXaMpLe81766fef5c120d30fb53f
Contoh: Jangan salin
Anggap ia seperti e-mel anda, tetapi sebaliknya dengan menghantar mel, ia boleh menerima ETH. Jika anda ingin memindahkan ETH daripada pertukaran kepada dompet anda, gunakan alamat anda sebagai destinasi. Pastikan anda semak sekali lagi sebelum menghantar!
Ikut arahan dompet
Jika anda kehilangan akses kepada akaun anda, anda akan kehilangan akses kepada dana anda. Dompet anda sepatutnya memberi anda arahan untuk melindungi daripada perkara ini. Pastikan anda mengikutinya dengan berhati-hati – dalam kebanyakan kes, tiada sesiapa boleh membantu anda jika anda kehilangan akses kepada akaun anda.