Skip to main content

Page last updated: 23 Julai 2024

Cara untuk mencipta akaun Ethereum

Sesiapa sahaja boleh mencipta akaun Ethereum secara percuma. Anda hanya perlu memasang apl dompet kripto. Dompet mencipta dan mengurus akaun Ethereum anda. Dompet tersebut boleh menghantar transaksi, menyemak baki anda dan menghubungkan anda dengan apl lain yang dibina atas Ethereum.

Dengan dompet, anda juga boleh log masuk ke mana-mana pertukaran token, permainan, serta-merta. Tiada keperluan untuk pendaftaran individu, satu akaun dikongsi untuk semua apl yang dibina atas Ethereum.

Langkah 1: Pilih dompet

Dompet ialah aplikasi yang membantu anda mengurus akaun Ethereum anda. Terdapat pelbagai dompet yang boleh dipilih: mudah alih, desktop, atau sambungan pelayar.

Senarai dompet

Jika anda baharu, anda boleh memilih penapis "Baharu dalam kripto" pada halaman "cari dompet" untuk mengenal pasti dompet yang sepatutnya mempunyai semua ciri yang diperlukan dan sesuai untuk pemula.

Pemilihan penapis di halaman 'cari dompet'

Terdapat juga penapis profil lain untuk memenuhi keperluan anda. Ini ialah contoh-contoh dompet yang biasa digunakan - anda sepatutnya melakukan penyelidikan sendiri sebelum mempercayai sebarang perisian.

Langkah 2: Muat turun dan pasang aplikasi dompet anda

Setelah anda membuat keputusan mengenai dompet yang tertentu, lawati laman web rasmi mereka atau kedai aplikasi, muat turun dan pasang aplikasi tersebut. Semua daripadanya sepatutnya percuma.

Langkah 3: Buka apl dan cipta akaun Ethereum anda

Pertama kali anda membuka dompet baharu anda, anda mungkin akan diminta untuk memilih antara mencipta akaun baharu atau mengimport akaun yang sedia ada. Klik pada penciptaan akaun baharu. Ini ialah langkah di mana perisian dompet menjana akaun Ethereum anda.

Langkah 4: Simpan frasa pemulihan anda

Sesetengah apl akan meminta anda untuk menyimpan "frasa pemulihan" (kadangkala dipanggil sebagai "frasa benih" atau "mnemonik"). Frasa ini sangat penting untuk dijaga dengan selamat! Ini digunakan untuk menghasilkan akaun Ethereum anda dan boleh digunakan untuk menghantar transaksi.

Sesiapa sahaja yang mengetahui frasa ini boleh mengawal semua dana. Jangan sesekali kongsikan frasa ini dengan sesiapa. Frasa ini sepatutnya mengandungi 12 hingga 24 perkataan yang dijanakan secara warak (susunan perkataan adalah penting).

Dompet telah dipasang?
Pelajari cara untuk menggunakanannya.
Cara menggunakan dompet

Berminat dengan panduan lain? Lihat panduan kami: Panduan langkah demi langkah

Soalan lazim

Adakah dompet saya dan akaun Ethereum saya sama?

Tidak. Dompet ialah alat pengurusan yang membantu anda mengurus akaun. Satu dompet mungkin memberikan akses kepada beberapa akaun, dan satu akaun boleh diakses oleh beberapa dompet. Frasa pemulihan digunakan unutk mencipta akaun dan memberi kebenaran kepada apl dompet to mengurus aset.

Bolehkah saya menghantar bitcoin ke alamat Ethereum, atau Ether ke alamat Bitcoin?

Tidak, anda tidak boleh. Bitcoin dan Ether wujud di dua rangkaian yang berbeza (iaitu, blok rantai yang berbeza), masing-masing dengan sistem perakaunan dan format alamat yang tersendiri. Terdapat pelbagai percubaan untuk menghubungkan dua rangkaian yang berbeza ini, antara yang paling aktif adalah Wrapped Bitcoin atau WBTC(opens in a new tab). Ini bukan satu sokongan, kerana WBTC ialah penyelesaian jagaan (bermakna sekumpulan individu mengawal fungsi penting tertentu) dan disediakan di sini untuk tujuan maklumat sahaja.

Jika saya memiliki alamat ETH, adakah saya memiliki alamat yang sama di blok rantai lain?

Anda boleh menggunakan yang sama di semua blok rantai yang menggunakan perisian asas yang serupa dengan Ethereum (dikenali sebagai 'serasi-EVM'). Senarai(opens in a new tab) ini akan menunjukkan kepada anda blok rantai yang boleh anda gunakan dengan alamat yang sama. Beberapa blok rantai, seperti Bitcoin, melaksanakan set peraturan rangkaian yang benar-benar berbeza dan anda akan memerlukan alamat yang berbeza dengan format yang berbeza. Jika and mempunyai dompet kontrak pintar, anda perlu menyemak laman web produk untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai blok rantai yang disokong kerana kebiasaannya dompet tersebut mempunyai skop yang terhad tetapi lebih selamat.

Adakah memiliki dompet sendiri lebih selamat daripada menyimpan dana anda di bursa?

Memiliki dompet sendiri bermakna anda bertanggungjawab terhadap keselamatan aset anda. Sayangnya, terdapat banyak contoh bursa yang gagal sehingga kehilangan wang pelanggan mereka. Memilik dompet (dengan frasa pemulihan) mengelakkan daripada risiko yang berkaitan dengan mempercayai entiti tertentu untuk memegang aset anda. Walau bagaimanpun, anda perlu melindunginya sendiri dan mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan pemancingan data, secara tidak sengaja meluluskan transaksi atau mendedahkan frasa pemulihan, berinteraksi dengan laman web palsu dan risiko penjagaan diri yang lain. Risiko dan manfaatnya berbeza.

Jika saya kehilangan telefon/dompet perkakasan saya, adakah saya perlu menggunakan aplikasi dompet yang sama lagi untuk memulihkan dana yang hilang?

Tidak perlu, anda boleh menggunakan dompet yang berbeza. Selagi anda mempunyai frasa benih, anda boleh memasukkannya dalam kebanyakan dompet dan ia akan memulihkan akaun anda. Berhati-hati jika anda perlu melakukan ini: paling baik ialah memastikan anda tidak bersambung ke Internet semasa memulihkan dompet anda supaya frasa benih anda tidak bocor secara tidak sengaja. Selalunya mustahil untuk memulihkan dana yang hilang tanpa frasa pemulihan.

Page last update: 23 Julai 2024

Adakah artikel ini membantu?