Langkau ke kandungan utama

Kali terakhir halaman dikemas kini: 19 Julai 2024

Bagaimana untuk swap tokens

Adakah anda sudah bosan mencari pertukaran yang menyenaraikan semua token kegemaran anda? Anda boleh menukar kebanyakan token menggunakan pertukaran ternyahpusat.

Pertukaran token melibatkan pertukaran dua aset berbeza yang wujud pada rangkaian Ethereum, contohnya menukar ETH dengan DAI (token ERC-20). Proses ini sangat cepat dan murah. Anda perlu mempunyai dompet kripto untuk menukar token.

Prasyarat:

  • jika anda mempunyai dompet kripto, anda boleh mengikuti tutorial ini: Cara: "Mendaftarkan" akaun Ethereum
  • tambah dana ke dompet anda

1. Sambungkan dompet anda dengan pertukaran ternyahpusat (DEX) pilihan anda

Beberapa pertukaran popular ialah:

Jika anda ingin mempelajari lebih lanjut tentang apa itu DeFi dan cara jenis pertukaran baharu ini berfungsi, kami boleh mencadangkan Pustaka Kernel(opens in a new tab).

2. Pilih pasangan token yang ingin anda tukar

Contohnya, ETH dan DAI. Pastikan anda mempunyai dana dalam satu daripada dua token tersebut. Antara muka yang biasa untuk pertukaran

3. Masukkan jumlah token yang ingin anda dagangkan dan klik tukar

Bursa akan secara automatik mengira jumlah token yang akan anda terima.

Antara muka yang biasa untuk pertukaran

4. Sahkan transaksi

Semak semula butiran transaksi. Semak kadar pertukaran dan sebarang yuran lain untuk mengelakkan kejutan yang tidak menyenangkan.

Antara muka yang biasa untuk semakan semula transaksi

5. Sila tunggu sementara transaksi diproses

Anda boleh melihat perkembangan transaksi tersebut pada mana-mana peneroka blok rantai. Proses ini sepatutnya tidak mengambil masa lebih daripada 10 minit.

Anda akan secara automatik menerima token yang ditukar dalam dompet anda sebaik sahaja transaksi diproses.


Mahu belajar lebih lanjut?
Lihat panduan-panduan lain kami

Soalan yang kerap ditanya

Bolehkah saya menukarkan ETH kepada BTC dari dompet saya?

Tidak, anda hanya boleh menukar token yang asalnya dalam rangkaian Ethereum, seperti ETH, token ERC-20, atau NFT. Anda hanya boleh menukar bentuk "wrapped" Bitcoin yang berada dalam rangkaian Ethereum.

Apakah itu gelinciran?

Ia adalah perbezaan antara kadar pertukaran yang dijangka dan kadar sebenar.

Adakah artikel ini membantu?