Bagaimana untuk mentautkan tokens ke layer 2
Jika terdapat banyak trafik di Ethereum, ia boleh menjadi mahal. Satu penyelesaian untuk ini adalah dengan mencipta "lapisan" baharu: iaitu rangkaian berbeza yang beroperasi dengan cara yang serupa seperti Ethereum itu sendiri. Lapisan 2 yang disebut demikian membantu mengurangkan kesesakan dan kos di Ethereum dengan memproses lebih banyak transaksi pada yuran yang lebih rendah, dan hanya menyimpan hasil daripada transaksi-transaksi ini pada Ethereum sesekali. Dengan demikian, lapisan-lapisan 2 ini membolehkan kita bertransaksi dengan kelajuan yang meningkat dan kos yang lebih rendah. Banyak projek kripto popular sedang berpindah ke lapisan 2 kerana manfaat-manfaat ini. Cara paling mudah untuk memindahkan token dari Ethereum ke lapisan 2 adalah dengan menggunakan jambatan.
Prasyarat:
- jika anda mempunyai dompet kripto, anda boleh mengikuti tutorial ini: Cara: "Mendaftarkan" akaun Ethereum
- tambah dana ke dompet anda
1. Tentukan rangkaian lapisan 2 yang ingin anda gunakan
Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang projek-projek yang berbeza dan pautan-pautan penting di halaman lapisan 2 kami.
2. Pergi ke jambatan yang dipilih
Beberapa lapisan 2 yang popular ialah:
- Jambatan Arbitrum(opens in a new tab)
- Jambatan Optimism(opens in a new tab)
- Jambatan rangkaian boba(opens in a new tab)
3. Sambungkan ke jambatan dengan dompet anda
Pastikan dompet anda disambungkan ke Rangkaian utama Ethereum. Jika tidak, laman web akan secara automatik menggesa anda untuk menukar rangkaian.
4. Nyatakan jumlahnya dan pindahkan dana tersebut
Semak semula jumlah yang akan anda terima sebagai pulangan di rangkaian lapisan 2 dan yuran untuk mengelakkan kejutan yang tidak menyenangkan.
5. Sahkan transaksi dalam dompet anda
Anda perlu membayar yuran dalam bentuk ETH untuk memproses transaksi tersebut.
6. Tunggu sehingga dana anda dipindahkan
Proses ini sepatutnya tidak mengambil masa lebih daripada 10 minit.
7. Tambahkan rangkaian lapisan 2 yang dipilih ke dompet anda (pilihan)
Anda boleh menggunakan chainlist.org(opens in a new tab) untuk mencari butiran RPC rangkaian tersebut. Setelah rangkaian ditambah dan transaksi selesai, anda sepatutnya dapat melihat token dalam dompet anda.
Soalan yang kerap ditanya
Bagaimanakah jika saya mempunyai dana di bursa?
Anda mungkin dapat mengeluarkan dana terus ke beberapa lapisan 2 dari bursa. Sila lihat bahagian "Pindah ke Lapisan 2" di halaman Lapisan 2 kami untuk maklumat lanjut.
Bolehkah saya kembali ke rangkaian utama Ethereum selepas saya menghubungkan token saya ke L2?
Ya, anda boleh sentiasa memindahkan dana anda kembali ke rangkaian utama menggunakan jambatan yang sama.