Bagaimana untuk menggunakan wallet
Belajar cara mengendalikan semua fungsi asas dalam sebuah dompet. Jika anda belum mempunyai akaun, lihat Cara: mencipta akaun Ethereum kami.
Buka dompet anda
Anda sepatutnya melihat papan pemuka yang kemungkinan akan memaparkan baki anda dan mengandungi butang untuk menghantar dan menerima token.
Terima mata wang kripto
Adakah anda ingin menerima mata wang kripto dalam dompet anda?
Setiap akaun Ethereum mempunyai alamat penerimaan sendiri yang merupakan urutan nombor dan huruf yang unik. Alamat tersebut berfungsi seperti nombor akaun bank. Alamat Ethereum akan sentiasa bermula dengan "0x". Anda boleh berkongsi alamat ini dengan sesiapa sahaja: ia selamat untuk dilakukan.
Alamat anda seperti alamat rumah anda: anda perlu memberitahu alamat anda kepada orang lain supaya mereka dapat mencari anda. Ia selamat untuk dilakukan, kerana anda masih boleh mengunci pintu hadapan anda dengan kunci lain yang hanya anda kawal supaya tiada sesiapa boleh masuk, walaupun mereka tahu tempat tinggal anda.
Anda perlu memberikan alamat awam anda kepada sesiapa yang ingin menghantar wang kepada anda. Banyak aplikasi dompet membenarkan anda menyalin alamat anda atau menunjukkan kod QR untuk mengimbas bagi penggunaan yang lebih mudah. Elakkan menaip apa-apa alamat Ethereum secara manual. Ini boleh dengan mudah menyebabkan kesilapan perkeranian dan kehilangan dana.
Aplikasi-aplikasi yang berbeza mungkin berbeza atau menggunakan bahasa yang berbeza, tetapi aplikasi itu sepatutnya membawa anda melalui proses yang serupa jika anda cuba untuk memindahkan dana.
- Buka aplikasi dompet anda.
- Klik pada "Terima" (atau pilihan yang mempunyai makna serupa).
- Salin alamat Ethereum anda ke papan klip.
- Beri pengirim alamat Ethereum penerimaan anda.
Hantar mata wang kripto
Adakah anda ingin menghantar ETH ke dompet lain?
- Buka aplikasi dompet anda.
- Dapatkan alamat penerimaan dan pastikan anda disambungkan ke rangkaian yang sama seperti penerima.
- Masukkan alamat penerimaan atau imbas kod QR dengan kamera anda supaya anda tidak perlu menaip alamat secara manual.
- Klik pada butang "Hantar" dalam dompet anda (atau pilihan yang mempunyai makna serupa).
- Banyak aset, seperti DAI atau USDC, wujud dalam pelbagai rangkaian. Apabila memindahkan token kripto, pastikan penerima menggunakan rangkaian yang sama seperti anda, kerana ini tidak boleh ditukar ganti.
- Pastikan dompet anda mempunyai cukup ETH untuk menampung fi transaksi, yang berbeza bergantung pada keadaan rangkaian. Kebanyakan dompet akan secara automatik menambah yuran yang dicadangkan dalam transaksi yang boleh anda sahkan.
- Setelah transaksi anda diproses, jumlah kripto yang sepadan akan muncul dalam akaun penerima. Ini mungkin mengambil masa dari beberapa saat hingga beberapa minit bergantung pada tahap penggunaan rangkaian pada masa ini.
Menyambung kepada projek-projek
Alamat anda akan sama dalam semua projek Ethereum. Anda tidak perlu mendaftar secara individu di mana-mana projek. Setelah anda mempunyai dompet, anda boleh menyambung kepada mana-mana projek Ethereum tanpa sebarang maklumat tambahan. Tiada e-mel atau sebarang maklumat peribadi lain yang diperlukan.
- Lawati laman web mana-mana projek.
- Jika halaman pendaratan projek hanya merupakan penerangan statik tentang projek tersebut, anda sepatutnya boleh mengklik butang "Buka Aplikasi" dalam menu yang akan membawa anda ke aplikasi web sebenar.
- Setelah anda berada dalam aplikasi, klik "Sambung"
- Pilih dompet anda daripada senarai pilihan yang disediakan. Jika anda tidak dapat melihat dompet anda, ia mungkin tersembunyi di bawah pilihan "WalletConnect".
- Sahkan permintaan tandatangan dalam dompet anda untuk mewujudkan sambungan. Menandatangani mesej ini sepatutnya tidak memerlukan penggunaan mana-mana ETH.
- Itu sahaja! Mula menggunakan aplikasi. Anda boleh menjumpai beberapa projek menarik di halaman dApp kami.
Soalan yang kerap ditanya
Jika saya memiliki alamat ETH, adakah saya memiliki alamat yang sama di blok rantai lain?
Anda boleh menggunakan alamat yang sama di semua blok rantai yang serasi dengan EVM (jika anda mempunyai jenis dompet dengan frasa pemulihan). Senarai(opens in a new tab) ini akan menunjukkan kepada anda blok rantai yang boleh anda gunakan dengan alamat yang sama. Beberapa blok rantai, seperti Bitcoin, melaksanakan set peraturan rangkaian yang benar-benar berbeza dan anda akan memerlukan alamat yang berbeza dengan format yang berbeza. Jika anda mempunyai dompet kontrak pintar, anda perlu menyemak laman web produknya untuk maklumat lanjut mengenai blok rantai yang disokong.
Bolehkah saya menggunakan alamat yang sama pada pelbagai peranti?
Ya, anda boleh menggunakan alamat yang sama pada pelbagai peranti. Secara teknikalnya, dompet hanya merupakan antara muka untuk memaparkan baki anda dan membuat transaksi, akaun anda tidak disimpan dalam dompet, tetapi pada blok rantai.
Saya belum menerima kripto, di manakah saya boleh menyemak status transaksi?
Anda boleh menggunakan penjelajah blok untuk melihat status transaksi pada masa nyata. Anda hanya perlu mencari alamat dompet anda atau ID transaksi tersebut.
Bolehkah saya membatalkan atau mengembalikan transaksi?
Tidak, sekali transaksi disahkan, anda tidak boleh membatalkan transaksi tersebut.