Langkau ke kandungan utama

Token tidak sepiawai (NFT)

  • Satu cara untuk mewakili apa sahaja yang unik sebagai aset berasaskan Ethereum.
  • NFT memberi lebih banyak kuasa kepada pencipta kandungan dari sebelum ini.
  • Didayakan oleh kontrak pintar pada blok rantai Ethereum.

Apakah itu NFT?

NFT ialah token yang unik secara individu. Setiap NFT mempunyai sifat berbeza (tidak sepiawai) dan terbukti terhad. Ini berbeza daripada token seperti atau token berasaskan Ethereum lain seperti USDC di mana setiap token adalah sama dan mempunyai sifat yang sama ('boleh ditukar ganti'). Anda tidak kisah bil dolar tertentu (atau ETH) yang anda ada dalam dompet anda, kerana kesemuanya adalah sama dan bernilai sama. Bagaimanapun, kita tentu akan kisah tentang NFT spesifik yang dimiliki, kerana kesemua aset mempunyai sifat tersendiri yang membezakan satu NFT dari yang lain ('tidak sepiawai').

Keunikan setiap NFT membolehkan benda seperti karya seni, item koleksi ataupun hartanah ditukar menjadi token, iaitu satu NFT unik yang khusus mewakili item dunia nyata atau item digital yang unik. Pemilikan aset boleh disahkan secara terbuka pada Ethereum.

Aset Internet

NFT dan Ethereum menyelesaikan beberapa masalah yang wujud dalam internet hari ini. Apabila segala-galanya menjadi lebih digital, terdapat keperluan untuk meniru sifat item fizikal seperti kekurangan, keunikan dan bukti pemilikan dengan cara yang tidak dikawal oleh organisasi pusat. Sebagai contoh, dengan NFT, anda boleh memiliki fail mp3 muzik merentas semua apl berasaskan Ethereum dan tidak terikat dengan apl muzik tertentu syarikat seperti Spotify atau Apple Music. Anda boleh memiliki nama awam media sosial yang boleh anda jual atau tukar, tetapi tidak boleh diambil sewenang-wenangnya daripada anda oleh penyedia platform.

Beginilah rupa internet NFT jika dibandingkan dengan internet yang kita guna masa kini...

Satu perbandingan

Internet NFTInternet masa kini
Anda memiliki aset anda! Hanya anda yang boleh menjual atau menukarnya.Anda menyewa aset daripada sesetengah organisasi dan aset itu boleh diambil daripada anda.
NFT adalah unik secara digital, tiada dua NFT yang sama.Salinan selalunya tidak dapat dibezakan daripada yang asal.
Pemilikan NFT disimpan pada blok rantai untuk sesiapa sahaja mengesahkan secara terbuka.Akses kepada rekod pemilikan item digital dikawal oleh institusi – anda mesti memberikan kepercayaan kepada mereka.
NFT ialah pada Ethereum. Ini bermakna ia boleh digunakan dengan mudah dalam kontrak pintar lain dan apl di Ethereum!Syarikat yang mempunyai item digital biasanya memerlukan infrastruktur "taman berdinding" mereka sendiri.
Kandungan pencipta boleh menjual karya mereka di mana-mana sahaja dan boleh mengakses pasaran global.Pencipta kandungan bergantung kepada pengagihan dan infrastruktur platform yang mereka guna. Ini selalunya tertakluk pada syarat penggunaan dan sekatan geografi.
Pencipta NFT boleh mengekalkan hak pemilikan ke atas kerja mereka sendiri dan royalti program terus ke dalam kontrak NFT.Platform, seperti perkhidmatan penstriman muzik, mengekalkan sebahagian besar keuntungan daripada jualan.

Apakah kegunaan NFT?

NFT digunakan untuk banyak perkara, termasuk:

  • membuktikan bahawa anda menghadiri acara
  • mengesahkan bahawa anda telah menamatkan kursus
  • barangan yang boleh dimiliki untuk permainan
  • karya seni digital
  • menjana token untuk aset dunia nyata
  • membuktikan identiti dalam talian anda
  • mengehadkan akses kepada kandungan
  • pembelian tiket
  • nama untuk domain internet ternyahpusat
  • cagaran dalam

Mungkin anda seorang artis yang ingin berkongsi hasil kerja menggunakan NFT, tanpa hilang kawalan atau mengorbankan keuntungan kepada orang tengah. Anda boleh mencipta kontrak baharu dan menentukan bilangan NFT, sifat NFT itu dan pautan kepada karya seni tertentu. Sebagai artis, anda boleh memprogramkan ke dalam kontrak pintar royalti anda patut diterima (cth. pindahkan 5% daripada harga jualan kepada pemilik kontrak setiap kali NFT dipindahkan). Anda juga boleh sentiasa membuktikan bahawa anda mencipta NFT kerana anda memiliki yang menggunakan kontrak. Pembeli anda boleh membuktikan dengan mudah bahawa mereka memiliki NFT sahih daripada koleksi anda kerana dompet mereka dikaitkan dengan token pada kontrak pintar anda. Mereka boleh menggunakannya dalam ekosistem Ethereum, yakin dengan keasliannya.

Teroka, beli atau cipta seni/koleksi NFT anda sendiri...
Terokai seni NFT

Atau bayangkan tiket ke acara sukan. Sama seperti penganjur acara boleh memilih bilangan tiket untuk dijual, pencipta NFT boleh menentukan bilangan replika yang wujud. Kadangkala ini merupakan replika yang tepat, seperti 5000 tiket Kemasukan Am. Kadangkala beberapa akan ditempa kelihatan serupa, tetapi setiap satu berbeza sedikit, seperti tiket dengan tempat duduk yang ditetapkan. Ia boleh dibeli dan dijual antara rakan setara tanpa membayar pengendali tiket dan pembeli juga sentiasa mempunyai jaminan keaslian tiket dengan menyemak alamat kontrak.

Di ethereum.org, NFT digunakan untuk menunjukkan bahawa orang ramai telah menyumbang secara bermakna kepada repositori Github kami (memprogram tapak web, menulis atau mengubah suai artikel...), menterjemah kandungan kami atau menghadiri panggilan komuniti kami, dan kami juga mempunyai nama domain NFT kami sendiri. Jika anda menyumbang kepada ethereum.org, anda boleh menuntut NFT. Beberapa perjumpaan kripto telah menggunakan POAP sebagai tiket. Maklumat lanjut tentang penyumbangan.

POAP ethereum.org

Tapak web ini juga mempunyai nama domain alternatif yang didayakan oleh NFT, ethereum.eth. Alamat .org kami diuruskan secara berpusat oleh penyedia sistem nama domain (DNS), manakala ethereum.eth didaftarkan di Ethereum melalui Perkhidmatan Nama Ethereum (ENS). Ia dimiliki dan diurus oleh kami. Semak rekod ENS kami(opens in a new tab)

Maklumat lanjut tentang ENS(opens in a new tab)

Bagaimanakah NFT berfungsi?

NFT, seperti mana-mana item digital pada blok rantai Ethereum, dicipta melalui program komputer berasaskan Ethereum khas yang dipanggil "kontrak pintar." Kontrak ini mengikut peraturan tertentu, seperti piawaian atau , yang menentukan perkara yang boleh dilakukan oleh kontrak.

Kontrak pintar NFT boleh melakukan beberapa perkara penting:

  • Buat NFT: Ia boleh membuat NFT baharu.
  • Tetapkan Pemilikan: Ia menjejaki siapa yang memiliki NFT dengan memautkannya ke alamat Ethereum tertentu.
  • Beri Setiap NFT ID: Setiap NFT mempunyai nombor yang menjadikannya unik. Selain itu, biasanya terdapat beberapa maklumat (metadata) yang dilampirkan padanya, menerangkan perkara yang diwakili oleh NFT.

Apabila seseorang "mencipta" atau "menempa" NFT, mereka pada asasnya memberitahu kontrak pintar untuk memberi mereka pemilikan NFT tertentu. Maklumat ini disimpan secara selamat dan terbuka dalam blok rantai.

Tambahan pula, pencipta kontrak boleh menambah peraturan tambahan. Mereka mungkin mengehadkan bilangan NFT tertentu yang boleh dibuat atau memutuskan bahawa mereka harus mendapat bayaran royalti yang kecil apabila NFT bertukar tangan.

Keselamatan NFT

Keselamatan Ethereum datang daripada . Sistem ini direka untuk menghalang tindakan berniat jahat secara ekonomi, menjadikan Ethereum kalis usikan. Ini yang membolehkan NFT wujud. Sebaik sahaja yang mengandungi transaksi NFT anda menjadi penyerang memerlukan berjuta-juta ETH untuk menukarnya. Sesiapa yang menjalankan perisian Ethereum akan dapat mengesan penggodaman yang tidak jujur pada NFT dengan serta-merta, dan pelaku jahat itu akan dihukum dari segi ekonomi dan dibuang.

Isu keselamatan berhubung dengan NFT paling kerap berkaitan dengan penipuan pancingan data, kelemahan kontrak pintar atau kesilapan pengguna (seperti mendedahkan kunci persendirian secara tidak sengaja), oleh itu keselamatan dompet yang mantap adalah amat penting bagi pemilik NFT.

Maklumat lanjut tentang keselamatan

Bacaan lanjut

Sumber lain

Uji pengetahuan Ethereum anda

Adakah halaman ini membantu?