Gerakkan nod
Dapatkan kawalan penuh.
Jalankan nod anda sendiri.
Jadi berdaulat sepenuhnya sambil membantu melindungi rangkaian. Jadi Ethereum.
Apakah maksudnya "menjalankan nod"?
Menjalankan perisian.
Dikenali sebagai 'pelanggan', perisian ini memuat turun salinan blok rantai Ethereum dan mengesahkan kesahihan setiap blok, kemudian mengemas kini salinan itu dengan setiap blok dan transaksi baharu, dan membantu orang lain memuat turun serta mengemas kini salinan mereka juga.
Dengan perkakasan.
Ethereum direka untuk menjalankan nod pada komputer gred pengguna biasa. Anda boleh menggunakan mana-mana komputer peribadi, namun kebanyakan pengguna menjalankan nod mereka pada perkakasan khusus untuk melenyapkan impak prestasi pada perkakasan mereka dan mengurangkan masa henti nod.
Semasa dalam talian.
Menjalankan nod Ethereum mungkin kedengaran rumit pada mulanya, tapi ini sebenarnya sekadar menjalankan perisian pelanggan pada komputer secara berterusan ketika bersambung dengan internet. Semasa luar talian, nod anda hanya akan kekal tidak aktif sehingga disambungkan semula dalam talian dan memperoleh semua perubahan terkini.
Siapa patut menjalankan nod?
Semua orang! Nod bukan hanya untuk pengesah bukti taruhan. Sesiapa sahaja boleh menjalankan nod—malah anda tidak memerlukan ETH.
Anda tidak perlu menaruh ETH untuk menjalankan nod. Malah, setiap nod lain pada Ethereum yang mempertanggungjawabkan pengesah.
Anda tidak boleh mendapatkan ganjaran kewangan yang diberikan kepada pengesah, tetapi ada banyak faedah lain daripada menjalankan nod yang boleh dipertimbangkan oleh pengguna Ethereum, termasuk privasi, keselamatan, pengurangan kebergantungan terhadap pelayan pihak ketiga, ketahanan terhadap penapisan dan peningkatan kesihatan dan penyahpusatan rangkaian.
Memiliki nod anda sendiri bermakna anda tidak perlu percaya maklumat tentang keadaan rangkaian yang disediakan oleh pihak ketiga.
Jangan percaya. Sahkan.
Mengapa menjalankan nod?
Permulaan
Pada zaman awal rangkaian, pengguna perlu mempunyai keupayaan untuk mengantaramuka dengan baris perintah untuk mengendalikan nod Ethereum.
Jika ini keutamaan anda, dan anda mempunyai kemahiran sesuai, jangan segan untuk menyemak dokumen teknikal kami.
Kini kita mempunyai DAppNode, iaitu perisian percuma dan sumber terbuka yang memberi pengguna pengalaman seperti aplikasi semasa menguruskan nod mereka.
Dalam hanya beberapa ketikan anda boleh mengaktifkan dan menjalankan nod anda.
DAppNode memudahkan pengguna menjalankan nod penuh, serta dapp dan rangkaian P2P lain, tanpa perlu menyentuh baris perintah. Ini memudahkan semua orang untuk mengambil bahagian dan mewujudkan rangkaian yang lebih ternyahpusat.
Pilih pengembaraan anda
Anda perlukan perkakasan tertentu untuk bermula. Walaupun perisian nod boleh dijalankan pada komputer peribadi, penggunaan perkakasan khusus dapat meningkatkan prestasi nod anda, sambil mengurangkan impak terhadap komputer utama anda.
Semasa memilih perkakasan, ingati bahawa rantaian akan sentiasa terus berkembang, dan penyelenggaraan pasti akan diperlukan kemudian. Peningkatan spesifikasi dapat menangguhkan keperluan penyelenggaraan nod.
Beli muat sepenuhnya
Tempah pilihan pasang dan guna daripada pembekal untuk pengalaman penyertaan awal yang mudah.
- Binaan tidak diperlukan.
- Persediaan seperti Aplikasi dengan GUI.
Baris perintah tidak diperlukan.
Bina sendiri
Pilihan yang lebih murah dan lebih mudah suai untuk pengguna yang lebih mahir dari segi teknikal.
- Sediakan bahagian anda sendiri.
- Pasang DAppNode.
- Atau, pilih OS dan pelanggan anda sendiri.
Bina sendiri
Langkah 1 – Perkakasan
Spesifikasi minimum
4 - 8 GB RAM
2 TB SSD
SSD perlu untuk kelajuan penulisan yang ditetapkan.
Disyorkan
- Intel NUC, Generasi ke-7 atau lebih
pemproses x86
- Sambungan internet berwayar
Tidak wajib, tetapi memudahkan persediaan dan merupakan sambungan yang paling konsisten
- Skrin paparan dan papan kekunci
Melainkan anda menggunakan DAppNode, atau persediaan ssh/headless
Langkah 2 – Perisian
Pilihan 1 – DAppNode
Apabila perkakasan anda tersedia, sistem pengendalian DAppNode boleh dimuat turun menggunakan mana-mana komputer dan dipasangkan pada SSD kosong melalui pemacu USB.
Pilihan 2 - Baris Perintah
Untuk kawalan maksimum, pengguna berpengalaman boleh menggunakan baris perintah.
Lihat dokumen pembangun kami untuk maklumat lanjut tentang bermula dengan pilihan pelanggan.
Dapatkan pembantu
Platform dalam talian seperti Discord atau Reddit dihuni sejumlah besar pembina komuniti yang bersedia membantu anda tentang apa-apa persoalan yang anda hadapi.
Jangan menghadapinya bersendirian. Jika anda ada pertanyaan, besar kemungkinan seseorang di sini dapat mencari jawapan.
Bacaan lanjut
Taruh ETH anda
Walaupun tidak diperlukan, nod anda yang kini berjalan bermakna tidak lama lagi anda akan dapat menaruhkan ETH anda untuk mendapatkan ganjaran dan menyumbang kepada pelbagai komponen keselamatan Ethereum.
Ingin membuat pertaruhan?
Untuk memaksimumkan kecekapan pengesah anda, minimum 16 GB RAM disyorkan, tetapi 32 GB lebih baik, dengan skor penanda aras CPU sebanyak 6667+ pada cpubenchmark.net(opens in a new tab). Penaruh juga disyorkan mendapatkan akses kepada jalur lebar internet berkelajuan tinggi tanpa had, namun ini bukan keperluan mutlak.
EthStaker menerangkan dengan lebih terperinci dalam rancangan istimewa selama sejam ini - Cara membeli-belah perkakasan pengesah Ethereum(opens in a new tab)
Nota tentang Raspberry Pi (Pemproses ARM)
Raspberry Pi ialah komputer ringan yang berpatutan harga, tetapi mempunyai batasan yang mungkin menjejaskan prestasi nod anda. Walaupun pada masa ini ia tidak disyorkan untuk pertaruhan, komputer ini boleh menjadi pilihan baik dan murah untuk menjalankan nod bagi kegunaan peribadi, dengan serendah 4 - 8 GB RAM.
- Dokumentasi Ethereum pada ARM(opens in a new tab) - Belajar cara menyediakan nod melalui baris perintah pada Raspberry Pi
- Menjalankan nod dengan Raspberry Pi - Ikut di sini jika anda ingin menggunakan tutorial