Pengeluaran pertaruhan merujuk kepada pemindahan ETH daripada akaun pengesah pada lapisan persetujuan Ethereum (Rantai Beacon), ke lapisan perlaksanaan di mana ia boleh diurusniagakan.
Pembayaran ganjaran lebihan baki melebihi 32 ETH akan dihantar secara automatik dan kerap ke alamat pengeluaran yang di pautkan kepada setiap pengesah, setelah diberikan oleh pengguna. Pengguna juga boleh keluar daripada pertaruhan sepenuhnya, membuka kunci baki pengesah penuh mereka.
Ganjaran pertaruhan
Pembayaran ganjaran diproses secara automatik untuk akaun pengesah aktif dengan baki berkesan maksimum sebanyak 32 ETH.
Sebarang baki melebihi 32 ETH yang diperoleh melalui ganjaran sebenarnya tidak menyumbang kepada prinsipal, atau meningkatkan berat pengesah ini pada rangkaian, dan dengan itu dikeluarkan secara automatik sebagai pembayaran ganjaran setiap beberapa hari. Selain daripada memberikan alamat pengeluaran satu kali, ganjaran ini tidak memerlukan sebarang tindakan daripada pengendali pengesah. Ini semua dimulakan pada lapisan persetujuan, oleh itu tiada gas (yuran transaksi) diperlukan pada mana-mana langkah.
Bagaimanakah kita boleh sampai ke sini?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Ethereum telah mengalami beberapa peningkatan rangkaian yang beralih kepada rangkaian yang dijamin oleh ETH sendiri, bukannya perlombongan intensif tenaga seperti dahulu. Mengambil bahagian dalam konsensus mengenai Ethereum kini dikenali sebagai "pertaruhan", kerana peserta secara sukarela telah mengunci ETH, meletakkannya "dipertaruhkan" untuk keupayaan untuk mengambil bahagian dalam rangkaian. Pengguna yang mematuhi peraturan akan diberi ganjaran, manakala percubaan untuk menipu boleh dihukum.
Sejak pelancaran kontrak deposit pertaruhan pada November 2020, beberapa perintis Ethereum yang berani secara sukarela mengunci dana untuk mengaktifkan "pengesah", akaun khas yang mempunyai hak untuk mengesahkan secara rasmi dan mencadangkan blok, mengikut peraturan rangkaian.
Sebelum naik taraf Shanghai/Capella, anda tidak boleh menggunakan atau mengakses ETH yang dipertaruhkan anda. Tetapi sekarang, anda boleh ikut serta untuk menerima ganjaran anda secara automatik ke dalam akaun yang dipilih, dan anda juga boleh mengeluarkan ETH anda yang dipertaruhkan pada bila-bila masa anda mahu.
Bagaimanakah patut saya bersedia?
Penaruh semasa
- Sesetengah pengguna mungkin telah memberikan alamat pengeluaran apabila pada mulanya menyediakan deposit pertaruhan mereka—pengguna ini tiada apa-apa lagi yang perlu mereka lakukan
- Majoriti penaruh tidak memberikan alamat pengeluaran pada deposit awal, dan perlu mengemas kini bukti kelayakan pengeluaran mereka. Pad Pelancar Pertaruhan(opens in a new tab) mempunyai arahan tentang cara melakukan ini
Anda boleh memasukkan nombor indeks pengesah anda di sini untuk melihat sama ada anda masih perlu mengemas kini bukti kelayakan anda
Notis penting
Menyediakan alamat pengeluaran adalah langkah yang diperlukan untuk mana-mana akaun pengesah sebelum ia layak untuk mengeluarkan ETH daripada bakinya.
Keluar pertaruhan sepenuhnya
Menyediakan alamat pengeluaran diperlukan sebelum sebarang dana boleh dipindahkan daripada baki akaun pengesah.
Pengguna yang ingin keluar dari pertaruhan sepenuhnya dan mengeluarkan baki penuh mereka juga mesti menandatangani dan menyiarkan mesej "keluar secara sukarela" dengan kunci pengesah yang akan memulakan proses keluar daripada pertaruhan. Ini dilakukan dengan pelanggan pengesah anda dan diserahkan kepada nod konsensus anda, dan tidak memerlukan gas.
Proses pengesah keluar daripada pertaruhan mengambil masa yang berubah-ubah, bergantung pada bilangan orang lain yang keluar pada masa yang sama. Setelah selesai, akaun ini tidak lagi bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas rangkaian pengesah, tidak lagi layak untuk ganjaran dan ETH mereka tidak lagi "di pertaruhkan". Pada masa ini akaun akan ditandakan sebagai "boleh dikeluarkan" sepenuhnya.
Setelah akaun di benderakan sebagai "boleh dikeluarkan", dan kelayakan pengeluaran telah di sediakan, tiada apa lagi yang perlu dilakukan pengguna selain daripada menunggu. Akaun secara automatik dan berterusan disapu oleh pencadang sekat untuk dana keluar yang layak, dan baki akaun anda akan dipindahkan sepenuhnya (juga dikenali sebagai "pengeluaran penuh") semasa penyapuan seterusnya.
Bilakah pengeluaran pertaruhan di dayakan?
Pengeluaran pertaruhan disiarkan secara langsung! Fungsi pengeluaran telah di dayakan sebagai sebahagian daripada peningkatan Shanghai/Capella yang berlaku pada 12 April 2023.
Peningkatan Shanghai/Capella membolehkan ETH yang dipertaruhkan sebelum ini dituntut semula ke dalam akaun Ethereum biasa. Ini menutup gelung kecairan pertaruhan, dan membawa Ethereum selangkah lebih dekat dalam perjalanannya ke arah membina ekosistem teragih yang mampan, berskala dan selamat.
Bagaimanakah pembayaran pengeluaran berfungsi?
Sama ada pengesah yang diberikan layak untuk pengeluaran atau tidak ditentukan oleh keadaan akaun pengesah itu sendiri. Tiada input pengguna diperlukan pada bila-bila masa untuk menentukan sama ada akaun harus mempunyai pengeluaran dimulakan atau tidak—keseluruhan proses dilakukan secara automatik oleh lapisan persetujuan pada gelung berterusan.
Lebih kepada pelajar visual?
Lihat penjelasan ini mengenai pengeluaran pertaruhan Ethereum oleh Finematics:
Pengesah "menyapu"
Apabila pengesah dijadualkan untuk mencadangkan blok seterusnya, ia dikehendaki membina baris gilir pengeluaran, sehingga 16 pengeluaran yang layak. Ini dilakukan dengan asalnya bermula dengan indeks pengesah 0, menentukan sama ada terdapat pengeluaran yang layak untuk akaun ini mengikut peraturan protokol dan menambahkannya pada baris giliran, jika ada. Pengesah yang ditetapkan untuk mencadangkan blok berikut akan bersambung di tempat terakhir berhenti, maju mengikut urutan secara kekal.
Sekarang bukannya 1 hingga 12, bayangkan jam mempunyai 0 hingga N (jumlah bilangan akaun pengesah yang pernah didaftarkan pada lapisan persetujuan, lebih 500,000 pada Januari 2023).
Tangan pada jam menunjukkan kepada pengesah seterusnya yang perlu disemak untuk pengeluaran yang layak. Ia bermula pada 0, dan terus maju tanpa melangkau sebarang akaun. Apabila pengesah terakhir dicapai, kitaran diteruskan kembali pada permulaan.
Menyemak akaun untuk pengeluaran
Semasa pencadang memeriksa pengesah untuk kemungkinan pengeluaran, setiap pengesah yang disemak dinilai berdasarkan siri pendek soalan untuk menentukan sama ada pengeluaran perlu dicetuskan, dan jika ya, berapa banyak ETH perlu dikeluarkan.
- Adakah alamat pengeluaran telah diberikan? Jika tiada alamat pengeluaran telah diberikan, akaun tersebut di langkau dan tiada pengeluaran dimulakan.
- Adakah pengesah telah keluar dan boleh dikeluarkan? Jika pengesah telah keluar sepenuhnya, dan kita telah mencapai zaman di mana akaun mereka dianggap sebagai "boleh dikeluarkan", maka pengeluaran penuh akan diproses. Ini akan memindahkan keseluruhan baki yang tinggal ke alamat pengeluaran.
- Adakah baki berkesan dimaksimumkan pada 32?Jika akaun mempunyai bukti kelayakan pengeluaran, tidak dikeluarkan sepenuhnya, dan mempunyai ganjaran melebihi 32 menunggu, pengeluaran separa akan diproses yang memindahkan hanya ganjaran melebihi 32 kepada alamat pengeluaran pengguna.
Terdapat hanya dua tindakan yang diambil oleh pengendali pengesah semasa kitaran hayat pengesah yang mempengaruhi aliran ini secara langsung:
- Sediakan kelayakan pengeluaran untuk membolehkan sebarang bentuk pengeluaran
- Keluar dari rangkaian, yang akan mencetuskan pengeluaran penuh
Bebas gas
Pendekatan untuk mempertaruhkan pengeluaran ini mengelak daripada memerlukan petaruh menyerahkan transaksi secara manual yang meminta jumlah ETH tertentu dikeluarkan. Ini bermakna tiada gas (yuran transaksi) diperlukan dan pengeluaran juga tidak bersaing untuk ruang blok lapisan perlaksanaan sedia ada.
Berapa kerapkah akan saya mendapat ganjaran pertaruhan saya?
Maksimum 16 pengeluaran boleh diproses dalam satu blok. Pada kadar itu, 115,200 pengeluaran pengesah boleh diproses setiap hari (dengan andaian tiada slot terlepas). Seperti yang dinyatakan di atas, pengesah tanpa pengeluaran yang layak akan di langkau, mengurangkan masa untuk menyelesaikan sapuan.
Memperluas pengiraan ini, kami boleh menganggarkan masa yang diperlukan untuk memproses bilangan pengeluaran tertentu:
Bilangan pengeluaran | Masa untuk melengkapkan |
---|---|
400,000 | 3.5 hari |
500,000 | 4.3 hari |
600,000 | 5.2 hari |
700,000 | 6.1 hari |
800,000 | 7.0 hari |
Seperti yang anda lihat ini menjadi perlahan kerana lebih banyak pengesah berada di rangkaian. Peningkatan dalam slot terlepas boleh memperlahankan ini secara berkadar, tetapi ini secara amnya akan mewakili bahagian yang lebih perlahan daripada kemungkinan hasil.
Soalan lazim
Bacaan lanjut
- Pengeluaran Pad Pelancaran Pertaruhan(opens in a new tab)
- EIP-4895: Rantai Beacon menolak pengeluaran sebagai operasi(opens in a new tab)
- Pengembala Kucing Ethereum - Shanghai(opens in a new tab)
- PEEPanEIP #94: Pengeluaran ETH dipertaruhkan (Pengujian) dengan Potuz & Hsiao-Wei Wang(opens in a new tab)
- PEEPanEIP#68: EIP-4895: Rantai Beacon menolak pengeluaran sebagai operasi dengan Alex Stokes(opens in a new tab)
- Memahami Baki Berkesan Pengesah(opens in a new tab)