Dompet Ethereum
Memegang kunci masa depan digital anda
Dompet membantu anda mengakses aset digital anda dan log masuk ke aplikasi.
Apakah itu dompet Ethereum?
Dompet Ethereum ialah aplikasi yang memberi anda kawalan ke atas akaun anda. Sama seperti dompet fizikal anda, ia mengandungi semua yang anda perlukan untuk membuktikan identiti anda dan mengendalikan aset anda. Dompet anda membolehkan anda log masuk ke aplikasi, membaca baki anda, menghantar transaksi dan mengesahkan identiti anda.
Dompet ialah alat yang digunakan oleh kebanyakan orang untuk mengendalikan aset dan identiti digital mereka.
Dompet anda ialah alat untuk berinteraksi dengan akaun Ethereum anda. Ini bermakna anda boleh menukar penyedia dompet pada bila-bila masa. Banyak dompet juga membolehkan anda menguruskan beberapa akaun Ethereum daripada satu aplikasi.
Pembekal dompet tidak mempunyai kawalan ke atas dana anda. Mereka hanya memberi anda tetingkap untuk melihat aset anda pada Ethereum dan alat untuk mengurus aset itu dengan mudah.
Aplikasi untuk mengurus dana anda
Dompet anda menunjukkan baki, sejarah transaksi dan memberikan cara untuk menghantar/menerima dana anda. Sesetengah dompet menawarkan lebih banyak.
Akaun Ethereum anda
Dompet anda adalah tingkap ke dalam akaun Ethereum anda – baki, sejarah transaksi anda dan banyak lagi. Tetapi anda boleh bertukar penyedia dompet pada bila-bila masa.
Log masuk anda untuk aplikasi Ethereum
Dompet anda membolehkan anda menyambung ke aplikasi menggunakan akaun Ethereum anda. Ia seperti log masuk yang boleh anda gunakan merentas pelbagai aplikasi.
Dompet, akaun, kunci dan alamat
Perkara yang bagus jika anda memahami perbezaan antara beberapa terma kunci.
Akaun Ethereum ialah sepasang kunci. digunakan untuk mencipta alamat yang boleh anda kongsi secara bebas dan
Akaun Ethereum mempunyai alamat, seperti peti masuk mempunyai alamat e-mel. Ini digunakan untuk mengenal pasti aset digital anda.
Dompet ialah alat yang membolehkan anda berinteraksi dengan akaun anda, menggunakan kunci anda. Ia membolehkan anda melihat baki akaun anda, menghantar transaksi dan banyak lagi.
Kebanyakan produk dompet akan membenarkan anda untuk menjana akaun Ethereum. Jadi anda tidak perlu mempunyai akaun sebelum memuat turun dompet.
Jenis dompet
Terdapat beberapa cara untuk mengantaramuka dan berinteraksi dengan akaun anda:
Dompet perkakasan fizikal ialah peranti yang membolehkan anda menyimpan kripto anda di luar talian – sangat selamat
Aplikasi mudah alih yang menjadikan dana anda boleh diakses dari mana-mana sahaja
Dompet penyemak imbas ialah aplikasi web yang membolehkan anda berinteraksi dengan akaun anda secara terus dalam penyemak imbas
Dompet sambungan penyemak imbas ialah sambungan yang anda muat turun yang membolehkan anda berinteraksi dengan akaun dan aplikasi anda melalui penyemak imbas
Aplikasi desktop jika anda lebih suka mengurus dana anda melalui macOS, Windows atau Linux
Bandingkan dompet berdasarkan ciri-ciri
Cara untuk kekal selamat
Bertanggungjawab ke atas dana anda sendiri
Bursa tukaran berpusat akan memautkan dompet anda kepada nama pengguna dan kata laluan yang boleh anda pulihkan secara tradisional. Jangan lupa bahawa anda mengamanahkan kawalan dana anda kepada bursa itu. Jika bursa tersebut mengalami masalah kewangan, terdapat risiko bagi dana anda.
Tulis anda
Dompet akan selalu memberikan anda frasa benih yang perlu anda tulis di tempat yang selamat. Ini sahaja caranya untuk anda memulihkan dompet anda.
Begini contohnya:
there aeroplane curve vent formation doge possible product distinct under spirit lamp
Jangan simpannya di dalam komputer. Tulis dan simpan dengan selamat.
Tanda buku dompet anda
Jika anda menggunakan dompet web, sila tanda buku pada laman tersebut untuk melindungi diri daripada penipuan pancingan data.
Semak semuanya sebanyak tiga kali
Sentiasa ingat bahawa transaksi tidak boleh dibalikkan dan dompet juga tidak mudah untuk dipulihkan, jadi sentiasa berhati-hati dan berwaspada.