Terdapat versi baru untuk halaman ini tetapi ianya hanya didapati dalam Bahasa Inggeris buat masa ini. Bantu kami untuk menterjemahkan versi terkini.
This page is not being translated. We've intentionally left this page in English for now.
Mata wang masa depan digital kita
ETH adalah mata wang kripto. Mata wang ini adalah wang digital jarang didapati yang boleh anda gunakan di Internet โ sama seperti Bitcoin. Jika anda baharu dengan kripto, begini cara ETH berbeza dengan mata wang tradisional.
ETH membolehkan anda menjadi bank anda sendiri. Anda boleh mengawal dana dalam dompet sebagai bukti pemilikan โ tiada pihak ketiga diperlukan.
Mata wang Internet mungkin sesuatu yang baharu namun ia dijamin oleh kriptografi yang terbukti. Ini dapat melindungi dompet, ETH dan transaksi anda.
Anda boleh menghantar ETH tanpa melalui perkhidmatan perantara seperti di bank. Bagaikan memberi duit dengan tangan sendiri, tetapi anda boleh lakukannya dengan sesiapa sahaja, di mana jua, tanpa mengira masa.
ETH adalah global dan terdesentralisasi. Tiada syarikat atau bank yang menentukan pencetakan lebih banyak ETH, atau menukar terma penggunaan.
Anda hanya memerlukan sambungan internet dan sebuah dompet untuk menerima ETH. Anda tidak perlu mengakses akaun bank untuk menerima bayaran.
ETH boleh dibahagi sehingga 18 tempat perpuluhan jadi anda tidak perlu membeli 1 ETH penuh. Anda boleh membeli dalam pecahan dalam satu masa โ serendah 0.000000000000000001 ETH jika anda mahu.
Terdapat pelbagai mata wang kripto dan bermacam-macam token lain dalam Ethereum, namun terdapat beberapa perkara yang hanya ETH boleh lakukan.
ETH adalah nadi kehidupan Ethereum. Apabila anda menghantar ETH atau mengunakan aplikasi Ethereum, anda akan membayar yuran dalam ETH untuk menggunakan rangkaian Ethereum. Yuran ini ialah insentif untuk pengeluar blok memproses dan mengesahkan perkara yang anda cuba lakukan.
Pada masa ini, pelombong ialah seperti penyimpan rekod Ethereumโmereka menyemak dan membuktikan bahawa tiada siapa yang menipu, dan melakukan kerja untuk hak untuk mencadangkan blok transaksi. Pelombong yang melakukan kerja ini juga diberi ganjaran sejumlah kecil ETH yang baru dikeluarkan.
Kerja yang dilakukan oleh para pelombong adalah memastikan Ethereum kekal terjamin dan bebas daripada kawalan berpusat. Erti kata lain, ETH menguasakan Ethereum.
Tidak lama lagi, ETH akan menjadi lebih penting dengan pertaruhan. Apabila anda menaruh ETH, anda mampu membantu menjamin Ethereum dan mendapat ganjaran. Dalam sistem ini, ancaman kehilangan ETH taruhan anda menyekat sebarang serangan. Lebih mengenai penaruhan
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Ethereum, teknologi disebalik ETH, sila lihat pengenalan kami.
Tidak berpuas hati dengan pembayaran, komuniti Ethereum sedang membina sistem kewangan perangkaian padanan penuh dan boleh diakses oleh semua orang.
Anda boleh menggunakan ETH sebagai cagaran untuk menjana token mata wang kripto yang jauh berbeza dalam Ethereum. Tambahan pula, anda boleh membuat pinjaman, memberi pinjaman dan memperoleh faedah menggunakan ETH serta token yang disandarkan ETH.
DeFi ialah sistem kewangan terdesentralisasi yang dibina di atas Ethereum. Gambaran keseluruhan ini menerangkan perkara yang boleh anda lakukan.
Disebabkan Ethereum boleh diprogramkan, pemaju boleh membentuk ETH dengan cara yang tidak terkira.
Pada tahun 2015, anda hanya boleh menghantar ETH dari satu akaun Ethereum ke satu akaun yang lain. Di sini terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan hari ini.
Anda boleh mendapatkan ETH melalui bursa atau dompet tetapi setiap negara mempunyai dasar yang berbeza. Sila periksa untuk melihat perkhidmatan yang membenarkan anda membeli ETH.
ETH bernilai dalam cara yang berbeza bagi berlainan orang.
Bagi pengguna Ethereum, ETH bernilai kerana mata wang ini membolehkan anda membayar yuran transaksi.
Orang lain melihatnya sebagai simpanan nilai digital kerana penciptaan ETH baharu menjadi perlahan dari semasa ke semasa.
Baru-baru ini, ETH menjadi bernilai bagi pengguna aplikasi kewangan dalam Ethereum. Ini kerana anda boleh menggunakan ETH sebagai cagaran untuk pinjaman kripto atau sebagai sistem pembayaran.
Sudah tentu ramai juga yang melihatnya sebagai satu pelaburan, sama seperti Bitcoin atau mata wang kripto yang lain.
Sesiapa sahaja mampu mencipta jenis aset baharu dan berdagang dengannya dalam Ethereum. Aset ini dikenali sebagai 'token'. Orang pernah mentoken mata wang tradisional, harta tanah, seni, mahupun diri sendiri!
Ethereum adalah rumah bagi ribuan token โ ada yang lebih berguna dan bernilai daripada yang lain. Pemaju sentiasa membina token baharu yang membuka kunci kepada kemungkinan dan membuka pasaran baharu.
Syiling Stabil
Token yang mencerminkan nilai mata wang tradisional seperti dolar. Ini dapat menyelesaikan masalah nilai tidak menentu dalam pelbagai mata wang kripto.
Token tadbir urus
Token yang mewakili kuasa undi dalam organisasi terdesentralisasi.
Syiling sial
Disebabkan penciptaan token baharu adalah mudah, sesiapa sahaja boleh melakukannya - termasuk orang yang berniat jahat atau berpendirian sesat. Sentiasa lakukan penyelidikan sendiri sebelum menggunakannya!
Token yang boleh dikumpul
Token yang mewakili item permainan boleh dikumpul, kepingan seni digital atau aset unik yang lain. Biasanya ia dikenali sebagai token tidak sepiawai (NFT).