Terdapat versi baru untuk halaman ini tetapi ianya hanya didapati dalam Bahasa Inggeris buat masa ini. Bantu kami untuk menterjemahkan versi terkini.
This page is not being translated. We've intentionally left this page in English for now.
Bursa adalah perniagaan yang membolehkan anda membeli kripto menggunakan mata wang tradisional. Mereka adalah penjaga amanah jumlah ETH yang anda beli sehinggalah anda menghantarnya dalam dompet kawalan anda sendiri.
Jika anda mahu kuasa kawalan yang lebih, beli ETH secara perangkaian padan. Dengan DEX anda boleh berdagang tanpa memberikan kuasa kawalan dana anda kepada syarikat berpusat.
Sesetengah dompet membolehkan anda membeli kripto melalui kad debit/kredit, pindahan bank atau Apple Pay. Sekatan geografi dikenakan.
Semua produk yang disenaraikan di halaman ini adalah tiada endorsmen rasmi, dan disediakan untuk tujuan maklumat sahaja. Sekiranya anda ingin menambah sesuatu produk atau memberi maklum balas terhadap dasar sila sampaikan maklum balas di GitHub. Sampaikan maklum balas(opens in a new tab)
Pertukaran dan dompet mempunyai sekatan di mana mereka boleh menjual kripto.
Masukkan negara tempat tinggal anda untuk melihat senarai dompet dan pertukaran yang boleh anda gunakan untuk membeli ETH
Bursa tukaran desentralisasi adalah pasaran terbuka untuk ETH dan token lain. Ia menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung.
Daripada menggunakan pihak ketiga yang dipercayai untuk melindungi dana dalam sesuatu transaksi, ia menggunakan kod. ETH milik penjual hanya akan dipindahkan apabila bayaran dijamin. Jenis kod ini dikenali sebagai kontrak pintar. Lebih lanjut tentang kontrak pintar
Ini bermaksud batasan geografinya kecil berbanding alternatif berpusat. Jika seseorang menjual sesuatu yang anda mahu dan menerima kaedah pembayaran yang anda boleh berikan, urusan anda dikira sudah bersedia. DEX membolehkan anda membeli ETH dengan token lain, PayPal atau hantaran tunai secara peribadi.
Anda memerlukan dompet untuk menggunakan DEX.
Dapatkan dompetBeli ETH secara terus daripada penjual menggunakan kaedah pembayaran tradisional.
Tukar token anda dengan ETH orang lain. Dan sebaliknya.
Ethereum dan ETH tidak dikawal oleh mana-mana kerajaan atau syarikat - kedua-duanya desentralisasi. Ini bermaksud ETH terbuka untuk kegunaan semua orang.
Tetapi ini juga bermakna anda perlu mengambil serius tentang keselamatan wang anda. Dengan ETH, anda tidak mempercayai bank untuk menjaga wang anda, anda perlu menjaganya sendiri.
Jika anda bercadang untuk membeli banyak ETH, anda boleh menyimpannya dalam dompet yang anda boleh kawal, bukan pertukaran. Ini kerana pertukaran adalah sasaran yang mudah untuk penggodam. Jika penggodam mendapat akses, anda boleh kehilangan dana anda. Sebagai alternatif, hanya anda yang mempunyai kawalan ke atas dompet anda.
Lihat dompetApabila anda memuat turun dompet, ia akan mencipta alamat ETH awam untuk anda. Ia akan kelihatan seperti ini:
0x0125e2478d69eXaMpLe81766fef5c120d30fb53f
Contoh: Jangan salin
Anggap ia seperti e-mel anda, tetapi sebaliknya dengan menghantar mel, ia boleh menerima ETH. Jika anda ingin memindahkan ETH daripada pertukaran kepada dompet anda, gunakan alamat anda sebagai destinasi. Pastikan anda semak sekali lagi sebelum menghantar!
Jika anda kehilangan akses kepada dompet, anda akan kehilangan akses kepada dana anda. Dompet anda sepatutnya mempunyai arahan untuk melindungi perkara ini daripada berlaku. Pastikan anda mengikutinya dengan hati-hati โ dalam kebanyakan kes, tiada sesiapa boleh membantu anda jika anda kehilangan akses kepada dompet anda.
Sekarang anda mempunyai ETH, terokai beberapa aplikasi Ethereum (dapps). Terdapat dapps untuk kewangan, media sosial, permainan dan banyak lagi kategori lain.