Langkau ke kandungan utama

Syiling Stabil

Mata wang digital untuk kegunaan harian

Syiling stabil ialah token Ethereum yang direka untuk kekal pada nilai tetap, walaupun harga ETH berubah.

Tiga syiling stabil terbesar berdasarkan permodalan pasaran: Dai, USDC dan Tether.

Mengapa pilih syiling stabil?

Syiling stabil ialah mata wang kripto tanpa sifat turun naik. Syiling ini berkongsi ciri-ciri yang sama dengan ETH tetapi nilainya stabil, seperti mata wang tradisional. Jadi anda mempunyai akses kepada wang stabil yang boleh anda guna pada Ethereum. Bagaimana syiling stabil mendapat kestabilannya

🌎

Syiling stabil adalah bersifat global dan boleh dihantar melalui internet. Syiling ini mudah diterima atau dihantar setelah anda mempunyai akaun Ethereum.

📈

Permintaan untuk syiling stabil adalah tinggi, jadi anda boleh memperoleh faedah dengan memberi pinjaman syiling anda. Pastikan anda sedar akan risiko sebelum memberi pinjaman.

🤝

Syiling stabil boleh ditukarkan dengan ETH and token Ethereum yang lain. Pelbagai dapp bergantung pada syiling stabil.

🔑

Syiling stabil dijamin oleh kriptografi. Tiada siapa yang boleh menipu transaksi bagi pihak anda.

🍕

Peristiwa piza Bitcoin terkenal

Pada tahun 2010, seseorang telah membeli 2 piza pada harga 10,000 bitcoin. Pada masa itu, bitcoin bernilai ~$41 USD. Pada pasaran kini, jumlah tersebut bernilai jutaan dolar. Terdapat banyak transaksi penuh sesal seperti ini dalam sejarah Ethereum. Syiling stabil menyelesaikan masalah ini, jadi anda boleh menikmati piza dan menyimpan ETH anda.

Cari syiling stabil

Terdapat beratus-ratus syiling stabil yang tersedia. Berikut ialah beberapa pilihan untuk membantu anda mula. Jika anda baru mengenali Ethereum, kami mengesyorkan anda melakukan sedikit penyelidikan terlebih dahulu.

Pilihan penyunting

Berikut ialah contoh syiling stabil yang paling terkenal sekarang serta syiling yang kami dapati paling berguna semasa menggunakan dapp.

Dai

Dai mungkin merupakan syiling stabil ternyahpusat yang paling terkenal. Nilainya kira-kira satu dolar dan diterima secara meluas merentasi dapp.

Tukarkan ETH dengan Dai(opens in a new tab)
Ketahui tentang Dai(opens in a new tab)
Logo Dai

USDC

USDC mungkin merupakan syiling stabil bersandarkan fiat yang paling terkenal. Nilai kira-kira satu dolar dan bersandarkan Circle dan Coinbase.

Logo USDC

Syiling stabil terbesar berdasarkan permodalan pasaran

⚠️
Algorithmic stablecoins are experimental technology. You should be aware of the risks before using them.

Permodalan pasaran ialah jumlah bilangan token yang wujud didarabkan dengan nilai bagi setiap token. Senarai ini bersifat dinamik dan projek yang tersenarai di sini tidak semestinya disokong oleh kumpulan ethereum.org.

Mata wangPermodalan pasaranJenis cagaran
Tether
$103,667,212,636
Fiat
Go to Tether(opens in a new tab)
USDC
$31,729,464,045
Fiat
Go to USDC(opens in a new tab)
Dai
$4,677,179,196
Kripto
Go to Dai(opens in a new tab)
TrueUSD
$689,846,552
Fiat
Go to TrueUSD(opens in a new tab)
Frax
$645,160,121
Algoritma
Go to Frax(opens in a new tab)

Bagaimana untuk dapatkan syiling stabil

Menabung dengan syiling stabil

Syiling stabil seringkali mempunyai kadar faedah melebihi purata kerana terdapat permintaan yang besar untuk meminjamnya. Terdapat dapp yang membolehkan anda memperoleh faedah daripada syiling stabil anda dalam masa nyata dengan mendepositkan syiling ke dalam kelompok peminjaman. Seperti dalam dunia bank, anda membekalkan token kepada peminjam tetapi anda boleh mengeluarkan token bersama faedah anda pada bila-bila masa.

Dapp yang dapat memperoleh faedah

Manfaatkan simpanan syiling stabil anda dengan menjana faedah. Seperti segala-galanya dalam kripto, ramalan Peratusan Hasil Tahunan (Annual Percentage Yield, APY) boleh berubah dari sehari ke sehari mengikut tawaran/permintaan masa nyata.

🏦

0.05%

Kadar purata yang dibayar oleh bank bagi akaun simpanan asas yang dilindungi insurans persekutuan, Amerika Syarikat. Sumber(opens in a new tab)

Cara ia berfungsi: jenis syiling stabil

⚠️

Sentiasa lakukan penyelidikan anda sendiri

Algorithmic stablecoins are experimental technology. You should be aware of the risks before using them.
💵

Bersandarkan mata wang fiat

Pada asasnya sebuah IOU (akuan berhutang) untuk mata wang fiat tradisional (selalunya dolar). Anda boleh menggunakan mata wang fiat untuk membeli syiling stabil yang boleh anda tunaikan dan tebus kepada mata wang asal anda kemudiannya.

Kelebihan

  • Bebas daripada turun naik kripto.
  • Perubahan harga adalah minimum.

Kekurangan

  • Berpusat – seseorang perlu mengeluarkan token tersebut.
  • Memerlukan pengauditan untuk memastikan syarikat mempunyai rizab yang mencukupi.

Projek contoh

  • USDC(opens in a new tab)
  • TrueUSD(opens in a new tab)
🦄

Bersandarkan kripto

💎

Logam berharga

📉

Algoritma

Ketahui lebih lanjut tentang syiling stabil

Papan Pemuka & Pendidikan

  • Stablecoins.wtf
    Stablecoins.wtf
    Stablecoins.wtf menawarkan papan pemuka dengan data pasaran sejarah, statistik dan kandungan pendidikan untuk syiling stabil yang paling menonjol.
    Pergito Stablecoins.wtf website(opens in a new tab)

Adakah halaman ini membantu?