Langkau ke kandungan utama

Bantu mengemas kini halaman ini

๐ŸŒ

Terdapat versi baru untuk halaman ini tetapi ianya hanya didapati dalam Bahasa Inggeris buat masa ini. Bantu kami untuk menterjemahkan versi terkini.

Halaman terjemahan
Lihat Bahasa Inggeris

No bugs here!๐Ÿ›

This page is not being translated. We've intentionally left this page in English for now.

Dompet Ethereum

Kunci masa depan digital anda

Dompet memberikan akses kepada dana anda dan aplikasi Ethereum. Hanya anda sahaja yang sepatutnya mempunyai akses kepada dompet anda.
  • Cari dompet
Ilustrasi robot dengan peti besi sebagai tubuh badan, melambangkan dompet Ethereum

Apakah itu dompet Ethereum?

Dompet Ethereum adalah aplikasi yang membolehkan anda berinteraksi dengan akaun Ethereum anda. Bayangkannya seperti aplikasi perbankan Internet โ€“ tanpa bank. Dompet anda membenarkan anda membaca baki, menghantar transaksi dan menyambung kepada aplikasi.

Anda memerlukan dompet untuk menghantar dana dan mengurus ETH anda.

Dompet anda hanyalah alat untuk mengurus akaun Ethereum anda. Ini bermakna anda boleh menukar penyedia dompet pada bila-bila masa. Pelbagai dompet membenarkan anda mengurus beberapa akaun Ethereum dalam satu aplikasi.

Ini kerana dompet tidak memegang dana anda, melainkan diri anda sendiri. Dompet hanyalah alat untuk mengurus apa yang anda benar-benar miliki.

๐Ÿ’ต

Aplikasi untuk mengurus dana anda

Dompet anda menunjukkan baki, sejarah transaksi dan memberikan cara untuk menghantar/menerima dana anda. Sesetengah dompet menawarkan lebih banyak.

๐Ÿ–ผ๏ธ

Akaun Ethereum anda

Dompet anda adalah tingkap ke dalam akaun Ethereum anda โ€“ baki, sejarah transaksi anda dan banyak lagi. Tetapi anda boleh bertukar penyedia dompet pada bila-bila masa.

๐Ÿ‘ค

Log masuk anda untuk aplikasi Ethereum

Dompet anda membenarkan anda menyambung kepada mana-mana aplikasi terdesentralisasi menggunakan akaun Ethereum anda. Bagaikan log masuk yang boleh anda guna merentasi pelbagai dapp.

Dompet, akaun dan alamat

Perkara yang bagus jika anda memahami perbezaan antara beberapa terma kunci.

  • Akaun Ethereum ialah entiti yang mengirim transaksi dan mempunyai baki.

  • Peti masuk anda mempunyai alamat emel, begitu juga dengan akaun Ethereum yang mempunyai alamat Ethereum. Anda boleh menggunakannya untuk menghantar dana ke akaun.

  • Dompet ialah produk yang membolehkan anda untuk mengurus akaun Ethereum anda. Ia membolehkan anda untuk melihat baki akaun, menghantar transaksi anda dan banyak lagi.

Kebanyakan produk dompet akan membenarkan anda untuk menjana akaun Ethereum. Jadi anda tidak perlu mempunyai akaun sebelum memuat turun dompet.

Jenis dompet

There are a few ways to interface and interact with your account:

๐Ÿ’ฟ

Dompet perkakas fizikal membenarkan anda menyimpan kripto anda secara luar talian โ€“ pilihan yang sangat selamat

๐Ÿ“ฑ

Aplikasi mudah alih menjadikan dana anda boleh diakses di mana-mana sahaja

๐ŸŒ

Dompet web membolehkan anda berinteraksi dengan akaun anda melalui pelayar web

๐ŸŒ

Browser extension wallets are extensions you download that let you interact with your account and applications through the browser

๐Ÿ–ฅ๏ธ

Aplikasi komputer meja jika anda ingin mengurus dana anda melalui macOS, Windows atau Linux

Compare wallets based on features

Kami boleh membantu anda memilih dompet berdasarkan ciri-ciri keperluan anda.
Cari dompet

Cara untuk kekal selamat

Dompet memerlukan sedikit perbezaan dalam pemikiran apabila ia tiba kepada keselamatan. Kebebasan kewangan dan kebolehan mengakses serta menggunakan dana di mana sahaja datang bersama sedikit rasa tanggungjawab โ€“ tidak ada perkhidmatan sokongan pengguna dalam kripto.
โœ…

Bertanggungjawab ke atas dana anda sendiri

Bursa tukaran berpusat akan memautkan dompet anda dengan nama pengguna dan kata laluan yang boleh anda pulihkan secara tradisional. Sila ingat bahawa anda mempercayai bursa yang memegang dana anda. Jika syarikat tersebut diserang atau tutup, dana anda berada dalam risiko.

โœ…

Tulis frasa benih anda

Dompet akan selalu memberikan anda frasa benih yang perlu anda tulis di tempat yang selamat. Ini sahaja caranya untuk anda memulihkan dompet anda.

Begini contohnya:

there aeroplane curve vent formation doge possible product distinct under spirit lamp

Jangan simpannya di dalam komputer. Tulis dan simpan dengan selamat.

โœ…

Tanda buku dompet anda

Jika anda menggunakan dompet web, sila tanda buku pada laman tersebut untuk melindungi diri daripada penipuan pancingan data.

โœ…

Semak semuanya sebanyak tiga kali

Sentiasa ingat bahawa transaksi tidak boleh dibalikkan dan dompet juga tidak mudah untuk dipulihkan, jadi sentiasa berhati-hati dan berwaspada.

Lebih banyak petua untuk kekal selamat

Daripada komuniti

Terokai Ethereum

Ilustrasi tangan membina logo ETH menggunakan brik lego

Dapatkan ETH

ETH adalah kripto asli Ethereum. Anda memerlukan sedikit ETH dalam dompet anda untuk menggunakan aplikasi Ethereum.

Ilustrasi ahli komuniti Ethereum bekerjasama

Cuba beberapa dapp

Dapp adalah aplikasi yang dibina dalam Ethereum. Ia lebih murah, adil dan mesra terhadap data anda berbanding aplikasi tradisional.

Test your knowledge

Loading...

Was this page helpful?