Langkau ke kandungan utama

Kali terakhir halaman dikemas kini: 15 November 2023

Cara untuk mencipta akaun Ethereum

Semua orang boleh mencipta akaun Ethereum pada bila-bila masa, secara percuma. Terdapat beberapa cara, tetapi cara yang paling mudah dan biasa adalah dengan menggunakan aplikasi yang dikenali sebagai dompet. Dompet mencipta dan melindungi kunci-kunci yang membolehkan anda menggunakan Ethereum. Anda boleh menggunakan dompet anda untuk menghantar transaksi, memeriksa baki token anda, dan menyambung ke aplikasi-aplikasi yang dibina di Ethereum, seperti pertukaran token, permainan, pasaran NFT, dan banyak lagi. Beberapa aplikasi "web2" kini membenarkan anda untuk mendaftar masuk dengan menggunakan Ethereum juga.

Berbeza daripada membuka akaun baharu dengan syarikat, penciptaan akaun Ethereum dilakukan secara bebas, secara peribadi dan tanpa memerlukan kebenaran. Akaun dikawal oleh kunci-kunci yang perisian dompet anda bantu anda ciptakan, dan tidak dikeluarkan oleh pihak ketiga, atau disimpan dalam daftaran pusat.

Langkah 1: Pilih dompet

Dompet ialah aplikasi yang membantu anda mengurus akaun Ethereum anda. Ia menggunakan kunci anda untuk menghantar dan menerima transaksi serta mendaftar masuk ke aplikasi. Terdapat beberapa dozen jenis dompet yang boleh dipilih—mudah alih, desktop, atau malah sambungan pelayar.

Cari dompet

Jika anda baharu, anda boleh memilih penapis "Baharu dalam kripto" pada halaman "cari dompet" untuk mengenal pasti dompet yang sepatutnya mempunyai semua ciri yang diperlukan dan sesuai untuk pemula.

pemilihan penapis di halaman 'cari dompet'

Terdapat juga penapis profil lain untuk memenuhi keperluan anda. Ini ialah contoh-contoh dompet yang biasa digunakan - anda sepatutnya melakukan penyelidikan sendiri sebelum mempercayai sebarang perisian.

Langkah 2: Muat turun dan pasang aplikasi dompet anda

Setelah anda membuat keputusan mengenai dompet yang tertentu, lawati laman web rasmi mereka atau kedai aplikasi, muat turun dan pasang aplikasi tersebut. Semua daripadanya sepatutnya percuma.

Langkah 3: Buka aplikasi dan cipta atau import akaun Ethereum anda

Pertama kali anda membuka dompet baharu anda, anda mungkin akan diminta untuk memilih antara mencipta akaun baharu atau mengimport akaun yang sedia ada. Klik pada penciptaan akaun baharu.

Langkah 4: Simpan frasa pemulihan anda

Sesetengah aplikasi akan meminta anda untuk menyimpan 'frasa benih' rahsia (anda juga mungkin melihat ini dirujuk sebagai "frasa pemulihan" atau "mnemonik"). Memastikan frasa benih ini selamat adalah sangat penting! Frasa benih digunakan untuk menjana kunci rahsia bagi akaun yang boleh digunakan untuk menandatangani dan menghantar transaksi. Mana-mana individu yang mengetahui frasa benih boleh mengambil kawalan ke atas semua akaun yang dijana olehnya. Jangan sekali-kali berkongsi frasa benih dengan sesiapa. Frasa benih sepatutnya mengandungi 12 hingga 24 perkataan yang dijana secara rawak (susunan perkataan adalah penting).

Setelah anda menyimpan frasa benih anda, anda sepatutnya melihat papan pemuka dompet anda dengan baki anda. Sila rujuk panduan kami: cara menggunakan dompet.


Mahu belajar lebih lanjut?
Lihat panduan-panduan lain kami

Soalan yang kerap ditanya

Adakah dompet saya dan akaun Ethereum saya sama?

Tidak. Dompet ialah alat pengurusan yang membantu anda mengurus akaun. Satu dompet mungkin memberikan akses kepada beberapa akaun, dan satu akaun boleh diakses oleh beberapa dompet. Frasa benih digunakan untuk mencipta akaun yang kemudian dikawal oleh dompet.

Anda boleh memikirkan akaun-akaun itu seperti daun-daun pada sepohon pokok yang semuanya 'tumbuh' dari satu frasa benih. Daripada setiap biji benih yang unik akan tumbuh satu pokok akaun yang sama sekali berbeza.

Bolehkah saya menghantar bitcoin ke alamat Ethereum, atau Ether ke alamat Bitcoin?

Tidak, anda tidak boleh. Bitcoin dan Ether wujud dalam dua rangkaian yang berbeza (iaitu, blok rantai yang berbeza), masing-masing dengan model perakaunan dan format alamat yang unik. Terdapat pelbagai percubaan untuk menghubungkan dua rangkaian yang berbeza ini, di antaranya yang paling aktif pada masa ini ialah Wrapped Bitcoin atau WBTC(opens in a new tab). Ini bukan satu sokongan, kerana WBTC ialah penyelesaian jagaan (bermakna sekumpulan individu mengawal fungsi penting tertentu) dan disediakan di sini untuk tujuan maklumat sahaja.

Jika saya memiliki alamat ETH, adakah saya memiliki alamat yang sama di blok rantai lain?

Anda boleh menggunakan alamat yang sama pada semua blok rantai yang menggunakan perisian asas yang serupa dengan Ethereum (dikenali sebagai 'serasi-EVM'). Senarai(opens in a new tab) ini akan menunjukkan kepada anda blok rantai yang boleh anda gunakan dengan alamat yang sama. Beberapa blok rantai, seperti Bitcoin, melaksanakan set peraturan rangkaian yang benar-benar berbeza dan anda akan memerlukan alamat yang berbeza dengan format yang berbeza. Jika anda mempunyai dompet kontrak pintar, anda perlu menyemak laman web produknya untuk maklumat lanjut mengenai blok rantai yang disokong.

Adakah memiliki dompet sendiri lebih selamat daripada menyimpan dana anda di bursa?

Memiliki dompet sendiri bermakna anda bertanggungjawab terhadap keselamatan aset anda. Sayangnya, terdapat banyak contoh bursa yang gagal sehingga kehilangan wang pelanggan mereka. Memiliki dompet (dengan frasa benih) menghapuskan risiko yang berkaitan dengan mempercayai entiti tertentu untuk memegang aset anda. Walau bagaimanapun, anda perlu melindungi kunci anda sendiri dan mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan pemancingan data, secara tidak sengaja meluluskan transaksi atau mendedahkan kunci, berinteraksi dengan laman web palsu dan risiko penjagaan diri yang lain. Risiko dan manfaatnya berbeza.

Jika saya kehilangan telefon/dompet perkakasan saya, adakah saya perlu menggunakan aplikasi dompet yang sama lagi untuk memulihkan dana yang hilang?

Tidak perlu, anda boleh menggunakan dompet yang berbeza. Selagi anda mempunyai frasa benih, anda boleh memasukkannya dalam kebanyakan dompet dan ia akan memulihkan akaun anda. Berhati-hati jika anda perlu melakukan ini: paling baik ialah memastikan anda tidak bersambung ke Internet semasa memulihkan dompet anda supaya frasa benih anda tidak bocor secara tidak sengaja. Selalunya mustahil untuk memulihkan dana yang hilang tanpa frasa benih.

Adakah artikel ini membantu?